Visi
AURA CARE bersikap positif dalam menjadikan ia sebuah syarikat khidmat pengurusan dan pengelola yang mampu memberikan perkhidmatan yang berkesan , mantap , profesional serta berdaya saing bertaraf antarabangsa.
AURA CARE amat menitikberatkan serta mengutamakan kualiti perkhidmatannya agar dapat memberikan impak dan menjaminkan kepuasan kepada pelanggan-pelanggannya demi keuntungan dan kejayaan dwi pihak.
AURA CARE akan sentiasa memastikan setiap kehendak serta keperluan pelanggan-pelanggannya tercapai dan dipenuhi demi membantu secara langsung atau tidak langsung dalam memberikan khidmat yang effisen selari dengan keperluan terkini untuk para pelanggannya.
Objektif
AURA CARE bersikap optimis dalam mencapai standard dan spesifikasi yang lebih profesional bertaraf antarabangsa.
Demi merealisasikan tujuan ini, AURA CARE memastikan mutu perkhidmatan yang diberikan mencapai tahap kepuasan berdasarkan spesifikasi para pelanggan samada individu persendirian atau kumpulan korporat.
Disamping itu, AURA CARE juga memastikan para pelanggannya menerima perkhidmatan dari eksekutif - eksekutif yang terlatih dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti , mesra dan profesional.
| < Prev | Next > |
|---|












