Text Size
Bismillah

 

 

Merancang dan melaksanakan adalah dua perkara yang jauh bezanya. Begitu juga halnya dengan teori dan praktikal. Mungkin kita pernah melaluikeadaan diman yang dirancang di atas kertas tidak sama apabila diimplementasikan. Adakalanya, lain yang dirancang lain pula yang terjadi.

Mengapa keadaan sedemikian terjadi sedangkan mereka terlibat di dalam perancangan dan perlaksanaan tidak dinafikan kelayakan mereka. Dalam hal sebegini kita harus meyakini bahawa setiap kelemahan pasti ada cara mengatasinya. Malah, sebagai insan yang ingin berjaya dengan cemerlang kita harus melihat beberapa factor yang menyumbang ke arah kejyaan yang diinginkan.

Justeru, program ini diwujudkan khusus untuk menyumbang ke arah melahirkan warga kerja , individu , pelajar , masyarakat , institusi dan organisasi yang berjaya.

Selama ini kita mungkin telah didedahkan dengan berbagai - bagai teori dan motivasi yang hebat – hebat , namun kehadiran program ini adalah sebagai tambahan untuk memperkasakan lagi kehebatan yang sedia ada.

Kuasa Minda atau disebut sebagai tenaga dalaman dan sekarang ini lebih dikenali sebagai AURA kian popular dalam masyarakat di negara ini. Program ini akan memdedahkan fungsi Kuasa Minda atau Mind Power dan bagaimana mengimplementasikan tenaga dalaman ini dalam kehidupan seharian , baik dalam rumah tangga, pejabat, mahupun institusi lain yang berkaitan.

Di negara – negara maju, program seumpama ini telah lama mendapat perhatian dan dianggap sebagai salah satu program yang amat berkesan bagi melahirkan indivudu yang mantap fizikal, mental, emosional dan spiritualnya . Dari itu tidak hairahlah mengapa mereka sering dikatakan sebagai masyarakat yang ke hadapan dari aspek pembangunan minda, akademik dan sebagainya.


KENAPA TIDAK KITA ?


mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini176
mod_vvisit_counterSemalam197
mod_vvisit_counterMinggu ini780
mod_vvisit_counterMinggu lepas1256
mod_vvisit_counterBulan ini4089
mod_vvisit_counterBulan lepas4469
mod_vvisit_counterKesemua81652

Online Now: 17