Text Size

Program ini dirangka khusus untuk menjana dan menigkatkan potensi diri melalui kaesah Kuasa Minda (Inner Power) bagi membuka minda sedar dan bawah sedar (minda separa sedar) individu sebelum , semasa dan selepas melakukan sebarang tindakan atau melaksanakan sesuatu program.

Bagi masyarakat di negara sedang membangun khususnya Malaysia, program sebegini masih belum mendapat pendedahan yang meluas berbanding mereka di negara maju. Di negara maju, adalah menjadi sebahagian daripada kewajipan bagi individu yang mempunyai kerjaya dalam sektor perhubungan awam, pemasaran, pendidikan, pengurusan dan lain – lain untuk memepelajarinya. Berbagai – bagai modul telah diperkenalkan seperti ’Mind Power Mystery’, ’The Power of Mind’, ’Mystic of Subconscious Mind’ dan banyak lagi.

Ternyata hasil daripada pendedahan ilmu ini telah membawa perubahan yang Amat membanggakan bukan sahaja kepada individu yang mengamalkannya, malah juga bermanfaat kepada institusi kekeluargaan, perniagaan, pendidikan dan kewangan serta memantapkan lagi tahap keyakinan dan kebolehan dalam menghadapi sebarang situasi serta cabaran.

Matlamat

Para peserta akan menemui Tenaga atau Kuasa yang tersembunyi didalam diri mereka dan akan menghasilkan:

  • Keperibadian yang lebih baik
  • Penampilan diri lebih meyakinkan
  • Kesihatan bertambah lebih sempurna
  • Hubungan yang erat sesama keluarga , rakan sekolah / sekerja
  • Pemimpin yang bermutu dan berkaliber
  • Suasana kediaman dan tempat kerja yang harmoni
  • Jiwa yang lebih damai dan tenteram
  • Lebih keinsafan , kesyukuran dan tanggungjawab
  • Tindakan yang bijaksana , tenang dan bersemangat
  • Diri serta personaliti yang sedia berubah

 

Metodologi

Program / kursus akan dilaksanakan secara teori dan praktikal disamping ;

Ceramah

  • Peserta kursus akan menjalani sessi teori didalam kelas / bilik latihan berpandukan nota – nota yang akan diberikan berdasarkan modul – modul yang akan disampaikan.

Latihan amali

  • Peserta kursus turut akan ditunjukkan demonstrasi dan perlu melakukan latihan amali secara berkumpulan atau individu didalam kelas / bilik latihan.

Latihan susulan yang berpanjangan selepas kursus

  • Peserta akan dilatih dan diajar latihan - latihan susulan yang berpanjangan untuk dipraktikkan selepas tamat kursus sebagai satu amalan harian.

Latihan riadah

  • Peserta akan melakukan latihan riadah diluar kelas / bilik latihan seperti latihan senaman Qi – Gong. (bagi kursus – kursus tertentu sahaja)

Sessi perjanjian

  • Peserta akan melakukan satu perjanjian bertulis sebagai satu perjanjian antara peserta dengan penceramah. Perjanjian ini merangkumi azam – azam peserta untuk membolehkan peserta berubah menjadi individu yang cemerlang. Perjanjian ini akan menjadi satu peringatan kepada peserta selepas kursus yang akan diposkan selepas satu jangka masa yang tertentu.
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini176
mod_vvisit_counterSemalam197
mod_vvisit_counterMinggu ini780
mod_vvisit_counterMinggu lepas1256
mod_vvisit_counterBulan ini4089
mod_vvisit_counterBulan lepas4469
mod_vvisit_counterKesemua81652

Online Now: 17