Text Size

PENGENALAN

Bekam atau ’ Al-Hijamah’ adalah suatu kaedah perubatan dengan mengeluarkan darah kotor (bertoksin) atau angin (punca segala penyakit) melalui permukaan kulit dengan menggunakan alat bekam samada melalui bekam angin atau bekam darah. Bekam juga merupakan satu sunnah yang dianjurkan oleh Rasulallah SAW.

Di dalam Shahih Bukhari, dari Sa'id bin Jubair RA, dari Ibnu 'Abbas RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda; "Kesembuhan ada tiga perkara; minum madu, berbekam dan bakaran api (Al- Khayy). Tetapi aku melarang umatku melakukan pembakaran dengan api".

Disamping kebaikan berbekam itu dapat menyihatkan tubuh badan, membuang angin dalam badan, menghilangkan keletihan dan penat badan, menghilangkan sakit urat-urat dan lemah-lemah badan, mengurangkan risiko sakit jantung & darah tinggi, membantu mencantikkan permukaan kulit dan lain-lain, membuang darah bertoksik dan banyak lagi. Selain dapat dimanfaatkan untuk diri sendiri dan ahli keluarga, berbekam juga dapat dijadikan salah satu sumber pendapatan sampingan atau tetap bagi pengamalnya disamping memperolehi pahala dan keberkatan Allah SWT, insyallah.

Sabda Rasulullah SAW ;

" Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT "

(Riwayat Muslim)


OBJEKTIF  KURSUS.

Pada penghujung kursus ini para peserta akan mendapati :

  1. Dengan memanfaatkan ilmu Bekam yang dipelajari untuk digunakan bagi membantu mereka yang memerlukan disamping menjana pendapatan tetap / sampingan.
  1. Dengan adanya kemahiran Berbekam, ianya akan mengubah pendapatan seisi keluarga bagi mereka yang terlibat.
  1. Dengan kemahiran yang ada akan memberikan keyakinan para peserta bagi menghadapi cabaran kehidupan dimasa-masa akan datang.
  1. Dengan kemahiran yang ada, akan mengubah imej, walaupun pekebun kecil tetapi memiliki kemahiran dibidang berlainan yang boleh dibanggakan.
  1. Dengan menghadiri kursus sepanjang tiga hari ini, telah membolehkan para peserta mempraktikkan ilmu yang ada. Dalam ertikata lain  ‘Balik kursus ada kerja. Ada kerja ada duit’.

 

MODUL

Didalam kursus tersebut peserta akan didedahkan tentang ;

  1. Definasi Bekam
  2. Bagaimana Menjadi Seorang Ahli Bekam.
  3. Perjalanan Darah dan Bekam
  4. Praktikal Bekam.
  5. Penjagaan Diri dan Alat Bekam.

 

METODOLOGI

Cara pembelajaran atau metodologi perjalanan kursus tersebut akan dijalankan seperti berikut ;

1. Teori Bekam

  • Peserta akan diberi pendedahan dari segi teori didalam kelas berdasarkan nota – nota dan demonstrasi yang akan diberikan.

2. Praktikal Berbekam.

  • Peserta akan menjalani sesi praktikal berbekam . Peserta akan melakukan bekam keatas peserta lain .

3. Setiap Peserta diberi tunjukajar membekam yang sebenar.

  • Demonstrasi berbekam oleh tenaga pengajar dan tunjukajar semasa sesi praktikal oleh fasilatator – fasilatator.

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini90
mod_vvisit_counterSemalam144
mod_vvisit_counterMinggu ini90
mod_vvisit_counterMinggu lepas995
mod_vvisit_counterBulan ini1729
mod_vvisit_counterBulan lepas3152
mod_vvisit_counterKesemua92669

Online Now: 11