Text Size

SOS_Super_Mind Jutawan

Kursus The Secret of The Secrets (SOS)

Super Mind Dwi Jutawan

Penyampai Kursus      :         Dr. Jamaluddin A Jalal (MDMA) Pengasas Akademi AuraMetafizik www.aurametafizik.com

Tarikh:
28, 29 dan 30 Januari 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
25, 26 dan 27 Febuari 2011 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
Tempat: Silverpark Resort Fraser's Hill, Jalan Lady Maxwell,
49000 Fraser's Hill, Pahang Darul Makmur, Malaysia
Yuran Pelaburan:
1) Kursus pada 28, 29 dan 30 Januari 2011

RM 999 Bagi pendaftaran dan pembayaran sebelum 15/01/ 2011

RM 1499 - Bagi pendaftaran dan pembayaran selepas 15/01/2011 hingga 25/01/2011

RM 1900Bagi pendaftaran dan pembayaran selepas 25/01/2011 atau walk-in

2) Kursus pada 25, 26 dan 27 Februari 2011

RM 999 Bagi pendaftaran dan pembayaran sebelum 15/02/ 2011

RM 1499 - Bagi pendaftaran dan pembayaran selepas 15/02/2011 hingga 22/02/2011

RM 1900Bagi pendaftaran dan pembayaran selepas 22/02/2011 atau walk-in

(Termasuk Nota, Sijil Penyertaan, Penginapan, Makan & Minum)

Tempat adalah terhad. Berminat? Sila hubungi 019-6523200 / 019-3614700 atau sms ke 010-3632799 untuk tujuan pendaftaran/pertanyaan.

Deposit bagi tempahan tempat sebanyak RM100.00 (tidak akan dikembalikan) dikenakan bagi setiap peserta melalui akaun :

AURACARE  :    Maybank  (5-64557-12498-1)

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor diatas atau emailkan pertanyaan anda ke - This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN

Gambar Kursus SOS Super Mind Dwi Jutawan yang lepas . . .



Kursus The Secret of The Secrets (SOS)

(Super Mind Dwi Jutawan)

~ Selamilah dan lahirkanlah minda dwi jutawan didalam diri anda~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad saw.  Bagindalah yang meneladani dan mengajar ikta ke arah kebaikan, menunjukkan cara mencari rezeki di dunia dan menunjukkan jalan untuk mendapatkan keuntungan didunia dan akhirat.

Alhamdulillah kita semua telah diberi kesempatan dan peluang untuk terus menikmati kehidupan hingga kehari ini.  Walau apapun berlaku dan terjadi kehidupan wajib diteruskan.

Untuk terus hidup perlu ada ‘dana kehidupan’. Bila disebut tentang dana ramai diantara kita yang memikirkan serta memfokuskan bahawa duit dan kekayaan harta adalah segala-galanya. Dengan adanya duit semua boleh jadi. Tidak ada duit tidak boleh hidup kerana untuk hidup kita perlukan duit. Justeru itu ramai yang hidupnya siang dan malam hanya memikirkan bagaimana mencari duit.

Maka timbullah berbagai kaedah, teori dan pendekatan yang diperkenalkan supaya memperolehi duit. Sehinggakan ada yang tidak mengiraukan samada duit yang diperolehi itu dari sumber yang dibenarkan oleh syarak atau tidak.

Bila sebut pasal duit ianya tidak lari dari keinginan untuk menjadi kaya atau jutawan. Bagi memenuhi ‘pasaran’  dan permintaan ramai masa kini yang mana masing-masing berlumba-lumba untuk menjadi jutawan maka terjelmalah berbagai formula dan rahsia untuk menjadi jutawan.

Persoalannya adakah duit dan jutawan kemuncak kepada erti kehidupan? Bila telah mempunyai duit yang banyak dan bergelar jutawan adakah telah  sempurna sebuah kehidupan?.

Sebagai mengimbangi fenomena yang sedang hebat melanda masyarakat ketika ini iaitu “Tsunami Jutawan” maka kami di AuraCare dan Akademi Aura Metafizik mengambil secebis tanggungjawab sosial dengan menenengahkan sebuat program yang dinamakan sebagai Secret Of The Secret-Super Mind Dwi Jutawan.

Salahkah menjadi Jutawan? Tidak…malah agama Islam tidak menentang penganutnya  untuk menjadi kaya raya kerana Allah lebih mencintai orang yang kaya dari mereka yang miskin. Malah dengan kemiskinan boleh membawa kepada kekufuran.

‘Jadilah orang yang kaya kerana dengan kekayaan, Allah akan lebih mencintai kita iaitu kaya hartanya, kaya ilmunya dan kaya iman dan taqwanya.

Rasullullah saw  mengingatkan kita, sesungguhnya harta atau kekayaan sejati adalah ketika kita merasa puas dengan apa yang kita miliki, kemudian menggunakannya untuk berjuang demi mendapatkan kebahagian abadi di hari akhirat nanti.
Sabda Rasullullah saw “Kekayaan bukanlah jumlah harta (yang dimiliki seseorang); melainkan, kekayaan sejati adalah kekayaan hati (atau rasa puas yang mudah bersyukur)” Hadis riwayat Imam Bukhari.

Kursus SOS Super Mind Dwi Jutawan  merupakan sebuah program berkembar yang menggabungkan kaedah kekuatan Minda(Super Mind)yang diselarikan dengan pendekatan Islamik.

Bagaimana menimbulkan kosentrasi dan fokus ketika berdoa untuk mendapatkan peluang atau rezeki. Kita berusaha dan berdoa untuk mendapatkan sesuatu sumber untuk mencapai impian menjadi kaya tetapi selama ini belum dimakbulkan. Dimana silapnya? Sedangkan kita mengetahui bahawa Allah swt tidak akan memakbulkan doa mereka yang ketika berdoa berada didalam keadaan lalai. Dalam erti kata lain tidak fokus atau khusyuk ketika menyampaikan hajat terhadap Allah swt.
Maka didalam Kursus SOS Super Mind Dwi Jutawan ada jalan penyelesainya.

Kursus ini juga menyingkap tentang kekuatan Dalaman yang terpendam didalam diri setiap insae namun ianya tidak disedari atau menyedarinya tetapi tiada pengetahuan untuk menjana tenaga darinya.

Disini anda akan dibimbing untuk menjana tenaga atau kuasa tersebut secara pendekatan Islamik. Dalam ertikata lain melaksanakan apa yang telah diketahui sambil mendapat keuntungan  hasil di dunia dan di akhirat.

Inilah yang dikatakan sebagai orang yang bijak, kerja sedikit tetapi untungnya berganda berbanding dengan orang yang kerja kuat tetapi untungnya tidak setimpal dengan apa yang dikerjakan.  Beza antara ‘work hard’ dan ‘work smart’.

Bagaimanakah untuk mengamplikasikan firman Allah swt yang maksudnya  “Aku mengikut sangkaan hamba-hambaKu”. Tahukah anda bahawa apa yang kita fikirkan samada lintasan hati atau yang disebut dengan lidah merupakan suatu doa?.

Islam ada cara hidup. Kenapa tidak kita mengambil pendekatan Islam yang diperturunkan oleh Rasullullah dan diwarisi oleh ulama-ulama untuk memenuhi impian kita menjadi Jutawan?.  InsyaAllah dengan mempraktikkan kekuatan Jiwa, Akal atau Minda yang digabungjalinkan dengan amalan-amalan serta doa-doa yang telah diamalkan oleh mereka yang telah merasai nikmatnya.

Allah swt menegaskan yang bermaksud:
“Dan bahawasanya seorang manusia tidak memperolehi selain apa yang telah diusahakannya”. (surah An-Najm 53.39)

Bagaimana usaha kita selama ini?. Gandakan usaha kita dengan mengabungkan formula kekuatan fizikal, mental, emosional dan spiritual yang ada didalam diri kita. Bagaimana melakukan gambaran dan imiginasi yang tepat malah menepati dengan firman Allah swt diatas tadi.? Apa yang kita lakukan semuanya seiring dan selari. Dunia dapat, akhirat tidak rugi. Dwi keuntungan.

SOS Super Mind Dwi Jutawan membongkar falsafah Rahsia Yang Tersembunyi. Firman Allah didalam hadis Qudsi : “Aku adalah gudang yang tersembunyi, maka Aku ingin diketahui. Maka aku menciptakan makhluk agar mereka mengenaliKu”.
Sama-samalah kita meneroki gudang yang tersembunyi itu. Apakah RahsiaNya.

Anda tentu bersetuju bahawa manusia adalah yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah Yang Maha Pencipta. Anda tentu mengetahui bahawa semua yang di langit dan di bumi diciptakan untuk kita.

Malah anda turut bersetuju bahawa pada diri anda malah kita semua terdapat sejenis Tenaga Terpendam yang mana jika dibangkitkan tenaga tersebut lantas digerakkannya, serta dikawal dengan sempurna dan digunakan sepenuhnya  ……MASYAALLAH… akan terzahirlah kehebatan manusia itu. Yang mana kehebatan tenaga atau kuasa ini jauh lebih hebat dari tenaga jasmani atau fizikal seseorang.

Apakah tenaga atau kuasa tersebut ? Kursus SOS – Super Mind Dwi Jutawan akan membongkar selapis demi selapis Rahsia disebalik Rahsia-Rahsia yang terpendam  didalam diri kita sejak sekian lama.

Mungkin anda tidak pernah memikirkan siapakah sebenar diri anda. Apakah diri itu? Apakah kuasa atau tenaga yang wujud didalam diri anda? InsyaAllah dengan menghadiri  SOS Super  Mind Dwi Jutawan  anda menemui jawapannya.

Tujuan mengenengahkan kursus SOS Super Mind Dwi Jutawan bukan untuk menunjuk pandai, bukan nak tunjuk hebat tetapi sebagai meneruskan amalan yang telah dipraktikkan oleh para cendiakawan dan ilmuan Islam sejak dahulu kala. Namun khazanah dan pusaka ini  kian tenggelam disingkir dek zaman.

SOS Super Mind Dwi Jutawan mengajak anda berkongsi dan membongkar Rahsia Kehebatan dan Kebesaran Allah yang terkandung didalam dan diluar diri kita. Umpama TERBUKANYA RAHSIA YANG TERTUTUP:

Kenapa wajar kita menyelami hal yang berkaitan dengan Akal ?.Kerana dengan kekuatan akal, manusia mampu menguasai dunia. Hedah berjaya didunia kena ada akal, hendak berjaya diakhirat juga memerlukan akal. Tetapi akal yang bagaimana?.

Sebagaimana terkandung didalam firma Allah swt “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (Kekuasaan, Kebijaksanaan dan Keluasan Rahmat) bagi Ulul Albab (orang yang berakal).
Dengan ilmu dan pengetahuan yang dibekalkan, InsyaAllah kita akan menjadi manusia atau HambaNya yang celik didalam berbagai bidang yang ingin kita terokai.
Firman Allah dalam hadis Qudsi:
‘Manusia adalah Rahsia-KU dan AKU adalah rahsia manusia”.

Anda juga dialu-alukan untuk mempelawa rakan-rakan dari kalangan mereka yang bukan beragama Islam untuk turut  sama didalam Kursus ini.

Siapa Yang Patut Hadir?
•    Didalam kehidupannya tidak pernah merasa puas.
•    Didalam kehidupannya ada sahaja yang tidak kena.
•    Didalam perniagaannya sering bertemu kegagalan.
•    Didalam kehidupannya sering sahaja terhalang dengan berbagai halangan.
•    Didalam kehidupannya yang tidak ada arah tujuan, terasa gelap dunia ini.
•    Didalam kehidupannya buat apa saja tidak pernah yang menjadi.
•    Didalam kehidupannya peluang yang telah  dipegang erat boleh terlepas begitu sahaja.
•    Didalam kehidupannya ditimpa masalah dan penyakit yang bertalu-talu.
•    Didalam kehidupannya amat sukar untuknya menyatakan kesyukuran.
•    Didalam kehidupannya merasakan doanya tidak termakbul.
•    Didalam kehidupannya bila beribadah terasa kosong dan hampa.

Simptom-simptom inilah yang secara anda sedari mahupun tidak adalah diantara punca utama kepada kegagalan dalam hidup, sering rugi dalam perniagaan, secara zahirnya nampak akan peluang tetapi tidak ada kemampuan untuk meneruskannya,  rasa takut untuk bertindak, rendahnya prestasi ditempat kerja, tiada persefahaman antara pasangan, tiada keyakinan diri, tercemar imej diri dan organisasi, tiada daya juang dan jati diri dan sebagainya.
Jika itulah yang anda rasai didalam kehidupan anda maka sememang anda amat layak untuk hadir didalam kursus ini kerana SOS’s akan membongkar dan menyediakan ‘Resepi Rahsia’nya.


mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari ini175
mod_vvisit_counterSemalam197
mod_vvisit_counterMinggu ini779
mod_vvisit_counterMinggu lepas1256
mod_vvisit_counterBulan ini4088
mod_vvisit_counterBulan lepas4469
mod_vvisit_counterKesemua81651

Online Now: 16